Thursday, 22 March 2012

Comedy

Berlakon Sembahyang

http://www.youtube.com/watch?v=gFPhV9ajP50

Tuesday, November 15, 2011

Mengapa Rasulullah melarang minum sambil berdiri?

Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.
Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.
Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.

Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.

Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri". Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."

Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.
Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.
Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.

Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna.
Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.

Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.
Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.
Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.

Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut. Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.

Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.

Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: "Lihatlah orang itu duduk seperti budak."
Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak." Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.
Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, "Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan" (HR Bukhari).
http://tulahan.blogspot.com/2012/03/kisah-menarik-loo-jo-yee-binti-abdullah.html

Kakitangan Kerajaan Akan Bankrapkan Negara




Sebarang kenaikan gaji bagi kakitangan kerajaan bermakna akan ada dana yang tidak mencukupi untuk keperluan asas bagi pembangunan negara, yang mungkin boleh memaksa Putrajaya untuk meminjam lebih banyak dan ini boleh menjadikan negara ke arah muflis akhirnya.


Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia yang hampir mencecah usia 90 tahun ini membuat kenyataan di dalam blog beliau mengenai perkara tersebut. Beliau memberi amaran, jika negara membuat pinjaman untuk melaksanakan projek pembangunan, kerajaan akhirnya tidak mampu membuat bayaran balik. Lagipun had pinjaman yang telah dilakukan sekarang sudah hampir mencapai had maksima iaitu 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan akan membatalkan Skim Ganjaran Perkhidmatan Awam (SBPA), kerana skim ini memberi manfaat melampau kepada kakitangan kerajaan atasan manakala majoriti kakitangan awam mendapat kenaikan gaji yang remeh-temeh.

Pakatan Rakyat telah mendesak kenaikan gaji dan pencen yang lebih tinggi, serta penghapusan tol dan subsidi yang berterusan, dan ini kata Mahathir akan memaksa kerajaan membelanjakan lebih daripada yang diusahakan.

"Pakatan Rakyat, ingin menjadi popular dan memenangi pilihan raya, akan sentiasa menyokong tuntutan-tuntutan ini. Tidak perlu bertanggungjawab untuk berbelanja berlebihan dan kemungkinan kebankrapan negara, ia adalah mudah bagi mereka untuk menyokong”.

"Apabila suatu tuntutan dibuat, kerajaan perlu meneliti implikasi bukan sahaja ... dari segi keupayaan untuk memenuhi permintaan, ia juga perlu mengambil kira kesan ke atas seluruh negara. Saya berharap rakyat akan melihat melalui kekurangan mereka untuk bertanggungjawab kepada negara," katanya.

Najib Pun Nak Jadi Popular, Walaupun Boleh Bankrapkan Negara

Memetik rekod kerajaan yang telah membelanjakan berbilion Ringgit untuk menjadikan Najib popular dan seterusnya ingin memenangi pilihanraya dengan memperbodohkan Rakyat. Di sini beberapa tindakan popular Najib yang bukan sahaja menganggap Rakyat boleh diperbodohkan, tetapi juga boleh bankrapkan negara dengan hanya pandai menggunakan wang untuk menarik sokongan Rakyat…

Thursday, 1 September 2011

SOALAN (D) Permasalahan Yang Dihadapi Dalam Pengintegrasian Teknologi Maklumat Dalam PengajaranBahasa Di Sekolah Rendah

OLEH
BAYREI B. ASRIN
JERED B. YUTUI
MOHD. NURUL FAISHAL B. AB. GHANI
KHAIRUL AZMI B. IBRAHIM
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
19 September 2008
PENGENALAN
Penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan pada masa kini telah menjadi suatu yang penting dan sangat memerlukan. Teknologi maklumat juga dapat membantu manusia memudahkan melakukan sesuatu perkara. Penggunaan teknologi pada abad ke 21 ini dapat dilihat semakin melaus sama ada dalam bidang perniagaan, pembangunan malah kini yang menjadi tumpuan adalah penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan. Kerajaan kini memandang serius berkenaan pengintegrasian teknologi maklumat dalam pendidikan melalui matapelajaran yang diajar. Dengan penggunaan teknologi maklumat secara menyeluruh mampu meningkatkan tahap kemahiran pelajar-pelajar untuk mendapat maklumat dengan berkesan. Hjetland (1995) menyatakan bahawa “Technology can make our lives easier. Everyday tasks are simplified”. Beliau juga menyatakan bagaimana teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran.
Setiap aspek kehidupan manusia semakin dihimpit dengan komputer dan justeru itu, penggunaan komputer dalam pendidikan juga menjadi semakin dominan. Kita kini dikatakan berada dalam satu masa perubahan iaitu dari zaman industri ke zaman informasi. Dunia tanpa sempadan, IT, ICT, e, siber, global, dalam talian, pintar, rangkaian, dan pelbagai lagi istilah yang sekiranya gagal untuk difahami menyebabkan kita seolah-olah berada di dunia lain. Justeru itu, penggunaan teknologi maklumat seharusnya bukanlah lagi menjadi sesuatu yang asing dalam pendidikan. Menurut Ahmad Fuad (2003), menyatakan bahawa dalam konteks pendiidkan, teknologi maklumat merupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur dan menyampai maklumat secara efektif, pantas dan banyak untuk membbantu proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu juga, kejayaan ICT dalam pendidikan khususnya bukan hanya terletak pada teknologi tetapi juga melibakan faktor lain seperti pendekatan pedagogi, subjek yang diajar, jenis pelajar, tahap pencapaian pelajar, keperluan pelajar, guru dan persekitaran bilik darjah. Pendekatan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata serta membolehkan pelajar-pelajar meneroka mencari maklumat.
Dalam menjayakan penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan gandingan semua pihak sama ada pihak sekolah mahu pun pihak masyarakat. Di sekolah, guru terutamanya perlu yakin bahawa terdapat banyak kebaikan dan kepentingan penggunaan ICT atau teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu mempelajari serta diberikan kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan peralatan ICT secara cekap dan efektif. Kebanyakan sekolah-sekolah yang mempunyai guru-guru yang telah lama berkhidmat, terdiri daripada mereka yang masih berada di tahap ‘perlu belajar’ dan ‘perlu bimbingan’ untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Keupayaan seseorang untuk menggabungkan teknologi maklumat dalam pengajaran bukan berlaku secara automatis, tetapi memerlukan kepada usaha yang berterusan yang penuh dengan minat. Pengetahuan dan kemahiran dalam ICT tidak menjamin pengintergrasiannya dalam kurikulum dan juga pengajaran. Justeru, adalah penting bagi guru-guru untuk memuat persediaan yang mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat untuk menggabungkan ICT dalam pengajaran. Keyakinan dan efikasi yang tinggi membantu mempermudahkan proses peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
· Definisi teknologi maklumat
Teknologi maklumat merupakan satu bidang ilmu yang berasaskan pelbagai disiplin terutamanya komunikasi dan sistem komputer. Bidang ini merupakan kajian tentang penggunaan proses dan perkakasan dalam menangani maklumat yang pelbagai bentuk.
Teknologi maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuk teknologi sangat luas iaitu berkenaan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya, penggunaan computer dan perisian adalah untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
· Pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa
Pengintegrasian teknologi malkumat dalam pengajaran bermaksud proses pengajaran yang melibatkan penerapan teknologi seperti komputer serta menggunakan bahan bantu mengajar berunsurkan ICT dalam pengajaran bahasa. Contohnya penggunaan korpus berkomputer untuk mencari perkataan dan ayat yang berkaitan.
PERNYATAAN MASALAH
Penggunaan komputer atau bahan teknologi maklumat merupakan satu wadah baru yang di bawa ke dalam dunia pendidikan. Oleh itu, terdapat kelemahan-kelemahan yang timbul akibat daripada kekurangan kemahiran dalam pengendalian dan pengurusan. Justeru itu, kajian ini ingin membincangkan permasalahan dalam proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa. Perkara-perkara yang menjadi tumpuan dalam kajian yang berkaitan permasalahan pengintegrasian dalam pengajaran bahasa antaranya,
· Tahap kemahiran guru dalam bidang teknologi maklumat. Penggunaan bahan teknologi maklumat dalam pendidikan khususnya dari segi pengajaran dan pembelajaran pada masa kini telah menjadi satu perkara yang penting bagi guru guru.
Penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan kefahaman para pelajar dengan lebih baik. Hal ini dapat kita perhatikan bahawa, pembelajaran dari segi pencarian maklumat dan bahan-bahan terkini dalam sesuatu topic dapat dilakukan oleh pelajar-pelajar dengan menggunakan alat teknologi maklumat seperti melalui komputer, internet dan sebagainya.
Dapat kita perhatikan bahawa, penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran seseorang guru untuk mengendalikan dalam sesuatu perkara, oleh yang demikian, pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa di sekolah rendah terdapat beberapa kekangan yang perlu di ambil berat iaitu kekurangan guru terlatih dalam bidang teknologi maklumat. Guru-guru yang telah lama mengajar dalam bidang bahasa khususnya kurang berpengalaman dan pendedahan dengan penggunaan ICT, oleh itu, guru tidak mahir untuk membuat perancangan pengajaran berdasarkan ICT. Perkara sedemikian menyebabkan timbul permasalahan di mana pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Hal ini akan membantut perkembangan penggunaan bahan teknologi maklumat khususnya di kalangan pelajar.
· Penerimaan guru terhadap proses P&P menggunakan teknologi maklumat
Pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini untuk meningkatkan tahap kemahiran guru menyampaikan sesuatu perkara khususnya dalam pengajaran bahasa. Justeru itu, terdapat segelintir guru bahasa masih tidak mahu mengikuti serta mengubah kaedah pengajaran mereka. Perkara ini dapat kita perhatikan bahawa guru-guru bahasa yang telah lama berkidmat dalan dunia pendidikan enggan mengubahsuai corak pengajaran dan pembelajaran mereka yang mana, kaedah guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah hanya tertumpu kepada penggunaan buku teks serta papan tulis semata-mata dan tidak mempunyai alternative kaedah pengajaran bahasa yang lain. Sesetengah guru merasakan penggunaan kaedah pengajaran tradisional sudah cukup untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah.
Selain itu, terdapat guru-guru yang tidak memahami nilai penggunaan teknologi maklumat ini menyebabkan mereka malas untuk belajar serta mendalami ilmu teknologi maklumat. Penggunaan teknologi maklumat seolah-olah memberi satu bebanan kepada mereka ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut (Norizan Abdul Razak, 1997) dalam kajian kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa membuktikan bahawa guru-guru masih lagi ragu-ragu dan takut untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka. Perkara ini menjadi salah satu perkara yang membantutkan pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah. Terdapat guru-guru yang berminat untuk belajar tetapi berputus asa keranamerasakan sukar untuk menguasai bidang teknologi maklumat.
· Kemudahan teknologi yang berkaitan tidak mencukupi
Proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang mencukupi dan lancer. Sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sekolah yang tidak cekap menjadi salah satu punca permasalahan pengintegrasiaan ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Sehubungan itu juga, peruntukan kewangan yang lambat serta tidak mencukupi untuk proses penyediaan kemudahan teknologi maklumat di sekolahsekolah tertentu menjadi salah satu punca timbulnya permasalahan dalam proses pengintegrasian
OBJEKTIF KAJIAN
Pengintegrasian tekonologi maklumat dalam pengajaran bahasa dapat memberi kemudahan bukan sahaja kepada guru malah kepada murid untuk melakukan sesuatu kerja dengan lebihberkesan. Antara objektif kajian ini adalah untuk:
1.1 Mengenal pasti permasalahan yang dihadapi dalam aspek pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa
1.2 Mengenal pasti tahap keberkesanan pengintegrasian tekolologi maklumat dalam pengajaran bahasa.
1.3 Mengenal pasti pasti langkah-langkah yang sesuai dalam mengatasi permasalahan pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa di sekolah.

KAJIAN LITERATUR
Meskipun keberkesanan pengintegrasian teknologi maklumat atau pun penggunaan computer dalam pendidikan khasnya dalam pengajarabahasa di sekolah rendah masih terlalu awal untuk dinilai namun terdapat beberapa kajian lepas yang membuktikan tentang keberkesanan serta permasalahan yang dihadapi dalam penggunaan teknologi dalam pengajaran bahasa.
· Nazri Bin Abu Bakar, Muhammad Salaebing, Shamsinah Bt. Salleh, Norizillah Bt. Mohd. Rodzes Fatahiyah Bt. Mohd. Ishak. Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Bahasa.
· Yahya Othman, Roselan Baki. Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran bahasa: Penguasaan Guru dan Kekangan dalam Pelaksanaan.
· Goh Ying Soon, Azman bin Che Mat, Tey Meng Kar. Cabaran, Peluang dan ancaman Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran Bahasa.
Walaupun pada masa kini, masih belum terdapat lagi kajian khusus yang mendalam tentang keberkesanan pengajaran bahasa berbantukan teknologi maklumat, namun kita percaya bahawa melalui pengintegrasian teknologi, pengajaran bahasa akan menjadi lebih menarik, bermakna dan produktif dengan pengabungjalinan penggunaan multimedia serta komputer. Hal ini demikian kerana bahan teknologi maklumat biasanya mengabungkan teknik suara, bunyi, gambar, video serta teks yang pelbagai untuk mewujudkan persekitaran yang baru disamping kaya dengan input bahasa. Kelebihan ini tidak ada pada bahan bantu yang lain seperti buku teks atau bahan yang lebih bersifat satu hala. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah diasaskan oleh perkembangan dan kemajuan pesat dalam bidang microelektronik dan menghasilkan pelbagai kemudahan teknologi seperti komputer peribadi. Telekomunikasi multimedia dan sebagainya. Kemunculan internet juga telah meluaskan penggunaan ICT dengan jaringan informasi bersepadu dan diaplikasikan sebagai media komunikasi yang melibatkan teks, bunyi, grafik dan video.
Antara kesan yang dilihat dalam pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa adalah mampu menjana idea baru, kreativiti dan inovasi dalam memantapkan lagi penggunaan bahasa contohnya bahasa melayu. Ketrampilan sesuatu bahasa di era siber adalah bergantung kepada sejauhmana masyarakat bahasanya mampu menyesuaikan diri dengan perubahanperubahan persekitarannya. Sebagai contoh, bahasa Melayu. Pengalaman lalu membuktikan keupayaan masyarakat berbahasa Melayu yang didokongi oleh bangsa Melayu telah dapat mempertahankan dan mendaulatkan bahasa Melayu dengan cekap dan berkesan di arena antarabangsa terutama di rantau Nusantara ini. Namun, pengalaman masa lepas belum pasti menjamin kejayaan masa depan. Senario abad ke 21 jauh lebih mencabar dan penuh ketidaktentuan serta amat berbeza dengan perubahan yang dialami sebelumnya. Ini ditambahi lagi perkembangan pesat ICT dan penggunaanya di dalam masyarakat dunia.
Selain itu, melalui teknologi maklumat juga mampu memperkembangkan lagi sesuatu bahasa tersebut contohnya bahasa Melayu. Bahasa Melayu bersifat keterbukaan dan semasa ke semasa. Sejak dalam penjajahan Portugis, Inggeris dan Belanda, bahasa Melayu telah berkembang menyeresapi istilah-istilah asing dan lantas memperkayakan bahasa Melayu. Istilahistilah seperti lampu, almari, bendera, buku, bola dan meja merupakan contoh-contoh istilah terbitan daripada bahasa-bahasa asing. Malah, sebelum penjajahan, bahasa Melayu juga telah meminjam dari bahasa-bahasa Sanskrit dan Arab seperti istilah sastera, bulan, akhirat dan zahir. Pengembangan bahasa Melayu akan lebih ketara apabila kita memasuki zaman baru seperti di era ICT. Seringkali ada istilah-istilah baru asing yang diterbitkan dan diperkenalkan. Justeru itu, untuk bersaing dengan bahasa-bahasa utama, bahasa Melayu harus berkembang dalam menerbitkan istilah-istilah baru bagi menterjemaah istilah-istilah baru yang asing. Istilah-istilah baru seperti tetikus, perisian, perkakasan, siber, laman, jaringan, internet dan batang bedek telah berjaya diterbitkan dan digunapakai. Walaupun begitu, keterbukaan sifat bahasa Melayu seharusnya sentiasa dipantau perkembangannya dengan ketat agar tiada penyelewengan dalam memelayukan istilah-istilah asing.
Pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa juga mampu memasyarakatkan sesuatu bahasa itu dalam alam siber contohnya bahasa Melayu. Keberkesanan untuk melaksanakan penggunaan bahasa Melayu di dalam era ICT terletak di bahu masyarakat bahasanya. Inilah masanya untuk masyarakat bahasa Melayu menempa nama di persada antarabangsa dengan menggunakan dunia siber yang menghubungkan di seluruh pelusuk dunia. Kegiatan-kegiatan yang telah dan akan dilaksanakan dengan kemudahan ICT seharusnya mempunyai matlamat yang sejajar dengan arus pemodenan dan persejagatan masyarakat dunia agar ia dapat memaparkan bahawa semua kegiatan yang diadakan adalah benar-benar menggunakan dan menjiwai sepenuhnya bahasa Melayu. Usaha orang perseorangan dan syarikat-syarikat masyarakat Melayu dalam men’dotcom’kan bahasa Melayu ke dalam alam internet perlu diteruskan dan diberikan sokongan sewajarnya oleh masyarakat bahasanya. Membawa bahasa Melayu dalam konteks masyarakat Melayu di peringkat maya adalah satu usaha yang perlu dilakukan dengan tekad dan azam yang kuat. Dengan men’dotcom’kan bahasa Melayu di dalam gerbang internet akan menyediakan ruang untuk pelunsur menggunakan bahasa
Melayu di internet dan seterusnya meningkatkan imej bahasa Melayu seiringan dengan bahasabahasa seperti bahasa Inggeris, Peranchis, Jepun dan Cina. Ia suatu nilai yang penting untuk menangkis segala tanggapan bahawa bahasa Melayu tidak mampu bersaing atau tiada tempat di persada dunia.
Dari segi aspek pendidikan juga, menurut kajian yang telah dibuat menunjukkan, penggunaan komputer dalam pengajaran dapat menambahkan minat pelajar terhadap pengajaran bahasa. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat pelajar yang pandai lebih berminat dalam pengajaran apabila guru menggunakan komputer didalam pengajarannya. Bagi pelajar yang lemah pula, mereka kurang menunjukkan minat dalam pembelajaran bahasa walaupun guru menggunakan komputer. Dapatan kajian tersebut juga menunjukkan penguasaan menulis karangan kurang berkesan jika menggunakan komputer. Dalam hal ini, pembinaan dan penggunaan bahan pembelajaran perlu lebih menekankan aspek multimedia dan interaktif bagi memberikan kesan yang lebih kepada pelajar. Pelajar juga berminat jika menggunakan bahan internet di dalam pengajaran.
Dari segi permasalahan pula, menurut kajian yang dibuat oleh Yahya Otman, dapatan menunjukkan terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu. Antaranya adalah masih terdapat guru yang tidak mahir dalam mengendalikan pembelajaran berbantukan komputer disebabkan kurang latihan. Guru juga menghadapi masalah dalam pengajaran berbantukan komputer kerana banyak masa perlu diberikan dalam menyediakan bahan. Pelajar juga kurang berminat menggunakan komputer dalam pengajaran bahasa. Komputer yang digunakan di sekolah juga sering rosak dan ketinggalan dari segi kapasiti dan teknologi. Di samping itu, terdapat kekangan dari segi sistem selenggaraan komputer yang tidak cekap di sekolah. Masalah bilik komputer juga sering mengganggu kelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran. Terdapat guru bahasa yang tidak dapat menggunakan bilik komputer kerana sering digunakan oleh kumpulan pelajar lain. Pengaruh rakan sejawat tidak mempengaruhi sampel kajian dalam pelaksanaan pengajaran berbantukan komputer. Minat mengajar menggunakan komputer tidak menurun apabila tidak ramai guru yang berbuat demikian.
Kesimpulannya bidang bahasa juga sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandangan umum terhadap kepentingannya. Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan. Pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai sesuatu bahasa itu dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan juga penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Bagi mengatasi masalah-masalah ini, kami telah membincangkan beberapa cara berdasarkan peranan semua pihak.
· Peranan Kerajaan
Kerajaan memberikan kesedaran dalam penggunaan komputer untuk mempercepatkan penerimaan dan penggunaan teknologi maklumat. Perdana Menteri, Dato’ Seri Mahathir Mohamad telah melancarkan Kempen Kesedaran Teknologi Maklumat pada 11 Oktober 1977. Kerajaan juga memastikan setiap sekolah, mendapat skim peruntukan kelengkapan makmal komputer yang cukup kepada semua sekolah terutamanya sekolah-sekolah di kawasan luar bandar. Selain itu juga, kerajaan perlu menyediakan kursus teknologi maklumat untuk guru-guru yang bakal mejadi tenaga pengajar di sekolah sama ada di universiti ataupun kursus-kursus semasa. Kerajaan haruslah peka terhadap keperluan semasa masyarakat dan sentiasa peka terhadap perubahan teknologi global.
· Peranan Sekolah
Strategi untuk menggabungkan dan memantapkan penggunaan ICT dalam P&P bukan hanya semata-mata terletak di bahu guru sahaja tetapi juga kepada pemimpin sekolah. Peranan pemimpin adalah amat penting dalam membentuk budaya ICT di sekolah. Mereka bukan sahaja perlu memberi sokongan dari segi kewangan tetapi juga menjadi model sebagai pengguna ICT dalam pentadbiran dan memberi respons kepada perubahan. Untuk menerapkan budaya ICT di sekolah, satu dokumen polisi bertulis seharusnya disediakan.
Polisi ini membantu merekabentuk dan mengurus program ICT bagi membolehkan guru dan pelajar menguasai ICT secara teratur dan progresif. Sesebuah polisi tidak perlu statik tetapi perlu disemak setahun sekali terutamanya apabila tahap kepakaran guru meningkat dan terdapat perubahan pada dasar dan prosedur Kementerian Pendidikan. Kerangka polisi ICT dibina berdasarkan kepada matlamat dan perancangan sekolah, pandangan daripada ibu bapa dan komuniti, polisi Pejabat Pendidikan Daerah, polisi rasional penyelidikan tentang pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan perkembangan teknologi (Mohammed Sani dan Mohd Jasmy, 2002). Bagi melaksanakan polisi dan matlamat yang telah ditetapkan sekolah harus menyediakan pelan pembangunan. Heinrich (1995) menyatakan pelan ini mengandungi aktiviti-aktiviti spesifik seperti strategi pemantauan dan penilaian; spesifikasi tentang pemilihan pembiayaan serta pembelian perisian dan perkakasan, kurikulum yang digunakan dan perancangan untuk penggantian serta pembinaan peralatan secara berterusan.Program pembangunan sekolah harus selari dengan matlamat dan prosedur yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah seharusnya dilibatkan bagi membimbing dan menyokong sekolah untuk membuat pelan pembangunan ICT dan seterusnya memantau perlaksanaannya.
Pemimpin sekolah harus memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan dan digunakan secara optimum oleh guru semasa P&P dijalankan. Penggunaan makmal komputer hendaklah mengikut jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran agar kekecohan dan kecelaruan tidak timbul di kalangan guru-guru. Peranan penyelaras ICT mesti dipantau supaya budaya menyelenggara alat-alat perkakasan sentiasa dilakukan selepas makmal komputer digunakan. Penyelaras ICT harus peka dan jelas dengan arahan-arahan Kementerian Pendidikan tetapi dalam melaksanakannya di peringkat sekolah, mereka perlu mengubahsuai prosedur mengikut kemampuan guru-guru untuk melaksanakannya dengan berkesan. Pemberian komputer daripada pihak swasta atau atas inisiatif PIBG hendaklahdilengkapkan ke bilik-bilik darjah sekiranya makmal komputer telah disediakan. Ini akan menambahkan lagi penggunaan ICT oleh guru semasa proses P&P.
Perkembangan dan pembangunan staf harus diberi perhatian yang lebih oleh pemimpin sekolah. Pembangunan staf yang melibatkan ICT dan inovasi adalah berdasarkan kepada dua bidang iaitu penguasaan ICT dan perkembangan aktiviti pembelajaran mengikut keperluan murid. Perancangan pihak sekolah untuk memberikan kursus-kursus dalaman dan luaran kepada guru adalah perlu. Untuk itu pengurus sekolah hendaklah sentiasa melakukan kajian keperluan untuk mengenal pasti tahap penguasaan guru dalam bidang kemahiran ICT dan instruksional. Program perkembangan staf amat perlu untuk memastikan guru-guru menguasai ilmu dan ketrampilan yang diperlukan untukmenggunakan peralatan ICT dan bagaimana mereka dapat membantu pelajar-pelajar untuk menggunakan dengan betul. Program ini harus selari dengan polisi ICT dan pelan pembangunan sekolah.
· Peranan guru
Menurut Skinner (1974), melalui teori pembelajaran behaviorisme pembelajaran berlaku apabila seseorang itu bertindakbalas terhadap sesuatu rangsangan dan kemudiannya diberi pengukuhan. Sementara teori kognitivisme menegaskan pembelajaran merupakan satu proses maklumat diterima, diproses dan disimpan dalam pemikiran seseorang. Implikasi ini menunjukkan maklumat dianggap sebagai objek yang boleh dipindahkan kepada murid (Newell, 1990). Di bawah kerangka behaviorisme dan kognitivisme, guru berperanan sebagai penyampai maklumat dan memastikan bahawa pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada. Oleh itu segala perancangan dibuat mengikut turutan aktiviti supaya objektif pembelajaran tercapai. Aktiviti pembelajaran yang mengaplikasi teori behaviorisme dan kognitivisme ialah pembelajaran tutorial yang menggunakan ICT untuk menyampaikan kandungan pelajaran. Aktiviti ini merangkumi demonstrasi, fenomena yang menggunakan perisian CD Rom, laman web yang disimpan di dalam cakera keras, latihan yang dikawal oleh sistem dan pembelajaran ekspositori. Sebahagian besar perisian pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran tutorial direka dalam bentuk berdasarkan kepada model tradisional P&P, model transmisi yang memperlihatkan guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima (Merill, 1996). Pendekatan seperti ini harus diberi pertimbangan yang teliti oleh guru sebelum ianya dilaksanakan. Adalah dicadangkan guru perlu menilai setiap perisian yang sesuai sebelum menjalankan proses P&P serta melakukan persediaan yang rapi dalam penyediaan peralatan ICT. Kumpulan pelajar yang cemerlang dan lemah dibahagikan supaya memudahkan guru membuat penilaian diakhir sesi pengajaran. Kumpulan yang lemah akan diberi latihan yang berbentuk latih tubi sementara yang cemerlang diberi latihan bebentuk pengayaan. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga serta menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif.
Teori pembelajaran kontruktivisme memberi tumpuan kepada pembinaan ilmu oleh individu. Pembelajaran berlaku apabila seseorang itu dapat membina atau menginterpretasi ilmu serta mengaplikasi dalam situasi yang baru (Piaget, 1981; Brunner, 1990). Dengan kata lain teori ini memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial. Melalui pendekatan teori pembelajaran ini, guru berperanan sebagai fasilitator dalam mengendalikan proses P&P dan menggunakan ICT sebagai alat. Pelbagai strategi pengajaran digunakan untuk menjana idea serta meningkatkan kemampuan murid untuk memanipulasikan maklumat yang telah dikumpul. Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan oleh guru untuk menghubungkan antara teori konstruktivisme dengan P&P. Kaedah pembelajaran ini membolehkan murid-murid mencari dan mengakses maklumat daripada ensaiklopedia multimedia atau bahan-bahan daripada internet (Haynes & Holmevik, 1998). Melalui pengumpulan bahan-bahan ini, maklumat akan digunakan untuk menjana dan menguji hipotesis dalam penyelesaian masalah.
Perhatian yang lebih perlu diberikan oleh guru apabila menggunakan kaedah pembelajaran penerokaan. Ini kerana murid-murid mungkin menggunakan terus maklumat yang diperolehi tanpa memanipulasi (mencari, membanding dan menilai). Dalam proses pembelajaran ini guru perlu menyediakan soalan-soalan terbuka untuk menjana pemikiran murid-murid dan menggalakkan pembelajaran secara hafalan (rote learning). Peranan guru dalam memantau penggunaan aplikasi pemprosesan perkataan, lembaran kerja dan persembahan adalah perlu ntuk mengelakkan pemesongan tumpuan murid daripada perkara yang lebih penting. Guru perlu memastikan bahawa penggunaan ICT adalah untuk membantu proses P&P seperti menganalisis maklumat dan bukannya digunakan sebagai mesin taip elektronik.
Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalamperkongsian maklumat dan komunikasi. Guru boleh mengambil peluang daripada keupayaan ini untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas. Kaedah ini digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks, grafik, audio video dan animasi. Ini akan mewujudkan hubungan kerja berpasukan di kalangan murid di samping memantapkan kemahiran berkomunikasi. Namun begitu guru perlu menyediakan garis panduan yang jelas dan terperinci untuk memastikan disiplin murid semasa penggunaan e-mail, chat room dan sebagainya dalam pembelajaran kolaboratif. Penilaian boleh dijalankan oleh guru dan kumpulan pebincangan apabila hasil dibentangkan di dalam kelas. Ini akan menggalakkan percambahan pemikiran dan memantapkan kemahiran berfikir serta komunikasi murid-murid. Strategi guru menggunakan ICT dalam proses P&P harus selaras dengan isi kandungan mata pelajaran dan menekankan implikasi atau hasil pembelajaran yang diharapkan berdasarkan tahap murid.
· Peranan pelajar
Pelajar menggunakan pemprosesan perkataan untuk menyediakan laporan-laporan aktiviti untuk aktiviti pengayaan, tugasan serta projek. Pelajar boleh mengulangi tutorial mengikut keperluan, kemampuan dan kadar sendiri. Aktiviti dijalankan sama ada secara individu dengan akses kendiri atau dalam kumpulan kecil. Pelbagai projek di sediakan dalam muka indeks laman web untuk membolehkan pelajar mengakses maklumat daripada ‘World Wide
Web’ seperti tugasan mencari jurubina-jurubina terkenal di dunia, bangunan-bangunan bersejarah yang menarik, mencari URL laman berkaitan dengan Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan, MPBL, 2002 pelan dan dongakan serta menulis satu sinopsis tentang bahan -bahan yang ada pada laman yang diperolehi untuk dikongsi dengan rakan yang lain. Pelajar berkomunikasi dengan pelajar di sekolah yang sama atau dari sekolah yang lain melalui e-mail untuk mengongsi maklumat yang ditemui sama ada untuk tujuan perbincangan atau memberi cadangan pelaksanaan tugasan /projek .Maklumat ini disimpan dalam laman web untuk diakses oleh pelajar yang lain. Misalnya dalam pautan e-mail Pelajar dan Cadangan Pelajar.
· Peranan Masyarakat
Untuk memantapkan integrasi ICT dalam proses P&P sekolah harus menggunakan pelbagai perkhidmatan luar seperti pihak swasta, kerajaan, badan akademik, komersial serta komuniti setempat. Pusat Sumber Pendidikan Negeri merupakan sumber rujukan yang paling relevan untuk mendapat khidmat nasihat mengenai teknik dan kaedah P&P menggunakan ICT. Teknik perkongsian pintar antara sekolah dan sektor swasta boleh digunakan sebagai strategi untuk meningkatkan kemahiran ICT guru dan semua warga sekolah. Sekolah harus menggunakan peluang yang ada dalam komuniti setempat dari segi mendapatkan sumbangan dalam bentuk tenaga pakar untuk membantu guru-guru dalam menjadikan penggunaan ICT dalam P&P secara berkesan.
PENUTUP
Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari masa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Dalam keghairahan mengguna teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku kanak-kanak. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakan teknologi canggih ini.
BIBLIOGRAFI
Ahmad Fauzi bin Mohamed. Pengintegrasian teknologi Maklumat dalam Pengajaran. Diperolehi pada 21 ogos 2008 daripada http://72.14.235.104/custom?q=cache: XKIubNnHofEJ:www.sahc.kedah.edu.my/esei_karya/Microsoft%2520Word%2520%252 0PENGINTEGRASIAN%2520KOMPUTER%2520DALAM%2520PENDIDIKAN.pdf+ pengintegrasian+teknologi+maklumat+dalam+pengajaran&hl=en&ct=clnk&cd=4&client
=google-coop
Bahasa Melayu. Dewan Bahasa, 44 (10), 1055-1062.
Goh Ying Soon, Azman bin Che Mat, Tey Meng Kar. Cabaran, Peluang dan ancaman
Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran Bahasa. Diperolehi pada 28 ogos 2008
Mohd Feroz Abu Bakar, 1999. It dalam pendidikan. Diperolehi daripada
Mohd Feroz Abu Bakar. IT dalam pendidikan. Diperolehi pada 24 ogos 2008 daripada
Nazri Bin Abu Bakar, Muhammad Salaebing, Shamsinah Bt. Salleh, Norizillah Bt. Mohd.
Rodzes, Fatahiyah Bt. Mohd. Ishak. Penggunaan Komputer dalam Pengajaran Bahasa.Diperolehi pada 25 ogos 2008 daripada http://compapplicationinlangandlit.
wikispaces.com/space/showimage/Penggunaan%2520Komputer%2520dlm%2520
pengajaran%2520bahasa.pdf
Noraini Attan (2002). Tahap Kesediaan Guru dalam Penggunaan Teknologi Maklumat
Berasaskan Komputer bagi Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Master Of Ed. Thesis. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rosnaini Mahmud (2008). Factors Influencing Ict Integration In The Classroom: Implications
To Teacher Education. Diperolehi pada 20 ogos 2008 daripada
Sejauhmanakah keberkesananan penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan di Malaysia. Diperolehi pada 24 ogos 2008 daripada http://www.geocities.com/gardner02_8/ ilmiah5.htm
Yahya Othman (2007). Bahan bantu mengajar memperkukuh Bahasa Melayu. Dewan Bahasa,7(2), 32-35.
Yahya Othman, Roselan Baki. Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran bahasa: Penguasaan Guru dan Kekangan dalam Pelaksanaan. Diperolehi pada 22 ogos 2008 daripada
http://eprints.utm.my/5968/ 1/08-yahya.pdf

Wednesday, 31 August 2011

CABARAN MEMPERKEMBANGKAN BAHASA MELAYU DALAM ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT

 Apabila berdepan dengan teknologi maklumat (TM), Internet, ruang siber, globalisasi dan liberalisasi, apakah yang terjadi dan akan terjadi kepa da bahasa Melayu nanti? Yang jelas ialah pendulum di seluruh dunia telah berayun ke arah mempelajari dan memperkembang bahasa Inggeris, bahasa dunia!
Jawapan kepada soalan di atas terletak pada kemampuan, kebolehan, kepintaran dan kekreatifan kita menggunakan bahasa Melayu, yang sudah mempunyai kekuatan dan status yang ada; bahasa yang keem pat besarnya di dunia. Beberapa isu itu sudah dibincangkan dalam rencana saya dalam Dewan Bahasa (November 2003: 16-24). Kekuatan dan status bahasa Melayu kini terletak pada sifat-sifat asasi yang membolehkannya dikembangkan dari masa ke masa. Sifat-sifat itu bukanlah penganugerahan daripada kuasa Tuhan, tetapi hasil kejuruteraan bahasa melalui pembentukan sosial, ekonomi, politik dan lain-lain daripada manusia yang meng­gunakannya. Keajaibannya juga terbukti pada peranannya sebagai bahasa perpadu an rakyat Malaysia yang berbilang kaum selepas kita mencapai kemerdekaan pada 1957. Bahkan bahasa Melayu pernah men jadi bahasa perdagangan, dan lingua franca antara orang rumpun Melayu dengan orang bukan rumpun Melayu. Kegemilangan masa lampau itu boleh kekal selagi semua rakyat bertekad untuk memperkembangnya dalam menghadapi arus globalisasi dan liberalisasi.
Untuk menghadapi cabaran baru dalam era TM dan seterusnya, bahasa Melayu perlu dikembangkan menjadi bahasa sum ber ilmu, bahasa sumber pemodenan, bahasa sumber maklumat, bahasa sumber pengetahuan, bahasa sumber sains dan teknologi, lebih-lebih lagi bahasa sumber kewangan. Untuk berbuat demikian, lebih banyak bahan bacaan dan rujukan dalam TM perlu dihasilkan. Impian itu hanya boleh tercapai dengan adanya lebih ban yak pengarang, penyelidik, guru, pener bit dan institusi penyelidikan. Selain itu, sebahagian bahan itu mestilah berbentuk digital untuk memenuhi kehendak generasi muda yang membesar di depan kom puter, Internet, pangkalan data dan portal. Tanggungjawab memperkembang, memper tahankan dan memodenkan bahasa kebang saan yang berat ini tidak dapat dipikul oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan atau Universiti Kebangsaan Malaysia sahaja. Dengan kata lain, semua pencinta dan pejuang bahasa kebangsaan mesti melibatkan diri secara aktif.
Inilah masanya untuk kita melakukan suatu yang besar maknanya kerana kita masih berada di pangkal jalan era TM. Jika tidak, kita akan karam dalam arus globalisasi yang juga digelorakan bahasa Inggeris, selain kuasa ICT (Information, Communication and Technology). Memandangkan semakin banyak rakyat Malaysia kini sudah berpendidikan tinggi, maka seharusnya tahu melakukan kerja dengan lebih bijak, inovatif, kreatif dan produktif dan seharusnya mencontohi jejak langkah sarjana dan institusi di England, Amerika Syarikat dan Australia, misalnya dalam memperkembang bahasa Inggeris. Usaha itu sepatutnya dapat dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan dengan bantuan teknologi maklumat. Daripada pro jek penyelidikan bahasa Inggeris seperti Technology Enhanced Language Learning (TELL) dan Computer Assisted Language Learning (CALL) yang dilakukan di England, Amerika Syarikat dan Australia, kini sudah ada data bahasa terbaca mesin yang boleh diperoleh dalam CD-ROM, Internet dan pakej elektronik yang lain tentang bahasa Inggeris.
Peluang untuk melakukannya terbuka luas kini dengan semakin banyak alat bantuan sudah tersaji di hadapan kita. Minat kita terhadap bahasa Melayu sudah meningkat ekoran peningkatan penekanan negara asing terhadap pasaran ekonomi di Alam Melayu. Cabaran kepada bahasa Melayu pada masa depan terletak pada sama ada kita boleh memperkembangnya menjadi bahasa sumber ilmu, bahasa sumber ekono mi, bahasa sumber teknologi dan bahasa sumber pemodenan yang boleh diharapkan untuk membuka pintu gerbang ilmu, men cari mutiara maklumat, dan menaiki mahligai pendidikan yang lebih tinggi untuk dapat menikmati rasa pemodenan, sekali gus peningkatan taraf hidup. Perjalanan itu bukan sahaja panjang, tetapi juga berliku-liku dan penuh ranjau. Segala-galanya, menuntut peningkatan intelektual rakyat Malaysia dan pengintelektualan bahasa Melayu. Untuk melaksanakannya, lebih banyak buku dan pengarang